Home follow +



archive



nuffnang



credit.

--Awkward--
Awkwardly handcoded by sekaryoshioka. Picts are from weheartit. All right reserved.


Yay! Dah sambung belajar!!!
14 July 2014
0 +




Assalamualaikum.

Waaah.. Dah lama tak update blog ni. Rindu betul kat blog kesayangan aku sorang ni.. Huhuu~
Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan aku sambung belajar. Dah lama tak update blog mesti korang tertanya-tanya aku sekarang sambung belajar kat mana KAN KAN KAN!!! hahaha.. Over plak aku ni.

Okaylah.. Sekarang ni aku dah sambung belajar kat sebuah bangunan yang diberi nama KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR SEPANG. Which is very near to my house. Just 5km away from my house, but my mom ask me to stay at hostel for 1 sem.. Cehh!!! Speaking plak budak sorang ni. Puih! KTT Sepang adalah tempat aku sambung untuk menuntut ilmu aku.. Aku ambil DIPLOMA SENIREKA FESYEN under UiTM. Tak dapat sambung kat UiTM, kat kolej bersekutu ni pun jadilah.. Lecturer kata peluang belajar kat kolej bersekutu ni cerah sebab apa yang kita belajar kat sini sama jer dengan apa yang kita belajar kat UiTM yang besar sana.. Hehee~

Sepanjang aku duduk kat KTT ni.. Well, so far so good.. Cuma assignment jer yang berlambak macam gunung Fuji.. Tapi aku berjaya siapkan almost semua assignment gunung Fuji tu… Alhamdulillah.. Buat masa ni aku tak sentuh apa-apa kain atau benang lagi.. Sebab sem 1 ni banyak belajar basic melukis.. Memang mencabar aku punya tangan kidal ni.. Dah lah tak ada basic dalam seni.. Tiba-tiba melukis macam arkitek plak.. Terkejut aku.. (padah tak ambil seni time spm dulu) Tapi minat yang ada dalam diri aku ni umtuk melukis tinggi lagi woo.. Cuma nak kena rajin kan tangan ni berkarya jer.. Nak lembutkan balik.
Nak cerita pasal makan kat sini. Pergh bab makan-makan ni memang aku pantang woo~ (orang kuat makan lah katakan) Kat sini makan mahal.. Bagi akulah sebab aku ni suka benda murah jer.. Lagi-lagi bab makan.. Aku ni bukan nyer kaya sangat so paham-paham lah yerr.. And kena banyak save duit duduk  sini.. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi kuat2x makan! Duduk kat KTT ni kerja aku selain menyiapkan assignment gunung Fuji adalah MAKAN. Setiap masa lapar.. Lagi-lagi bulan puasa ni.. Aduhhh~ Lepas berbuka tu nak makan lagi.. Tapi nak makan benda yan ringan jer..  Kat sini kedai bukan nyer banyak pun.. Harapkan kan Azzie Minimart kat depan tu.. Kayalah dia..

Ramai student kat sini duk cakap pasal nak cari “pasangan hidup” jer.. Menyampah pulak aku dengar.. Derr kita dating sini nak belajar.. Bukan cari calon kahwin.. Apo lah.. Karang dah couple pastu clash tak sampai 1 bulan. Frust berguling-guling.. Pastu kerja semua tak jalan.. Pastu GB! Buang duit mak bapak kau jer.. Eee sabor jer lerrr… Belajar dulu… BELAJAR DULU!

Bila dah masuk kolej or university ni semua dah kena mula berdikari. Bangun tidur sendiri. Basuh baju sendiri. Sidai baju sendiri.. Semua sediri.. Bagi yang manja-manja tu.. Hah.. Mak kau tak ada nyer nak  buat semua untuk korang.. Belajar lah semua sendiri..


Aku harap aku tak malas or GB.. Habiskan Diploma pastu boleh sambung Degree pulak.. Banggakan ibu ngan ayah. Harumkan nama diorang yang dah banyak berkorban untuk kita sejak kita lahir lagi.. Ni lah masa nya untuk kita balas budi dan jasa ibu dan ayah kita. Belajar rajin-rajin. Tamatkan pengajian kita dengan cemerlang. Insya-Allah…


------

Please do the rules:
  1. No spamming--no no no!
  2. Don't talk rudely--don't don't don't!
  3. I like nice people--
    if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

Post a Comment

The End!

Older Post